Tuesday, July 4, 2017

Usahawan Wanita: 7 Tips untuk Memulakan Perniagaan

Pernah kah anda bermimi satu hari nanti anda menjadi bos anda sendiri dan menjadi usahawan yang berjaya?
Oleh kerana ramai kawan-kawan Cik Syaza yang bertanya dan ada juga yang dah bertekad nak mulakan perniagaan, sebab tu lah Cik Syaza bertekad juga nak kongsi beberapa petua atau tips yang mungkin membantu anda-anda semua.




Usahawan wanita yang berjaya mengambil langkah khusus ke arah kejayaan mereka dan anda juga boleh.
Sebelum memulakan perniagaan anda sendiri, ikuti petua ini untuk membantu capai matlamat anda.



MULAKAN SEMASA ANDA MASIH BEKERJA TETAP

Ada yang teruja hendak jadi usahawan dengan bertindak berikan notis berhenti kerja dua minggu dan mula pernigaan baru. Anda boleh buat seperti ini jika anda menpunyai simpanan yang cukup banyak.

Beberapa syarikat yang berjaya tidak bermula dengan ruang pejabat atau kedai yang cantik. Mereka mula dengan idea yang kukuh dan menguntungkan.Jadi, mula lah di mana anda berada dan lakukan beberapa penyelidikan sebelum mula.


  • Sudahkah anda bersedia untuk bersaing di pasaran?
  • Bagaimana produk atau perkhidmatan anda berbeza daripada persaing? Apakah 'selling point' anda?
  • Pernahkah anda menjual produk atau perkhidmatan anda? Adakah anda telah membuat keuntungan?
Ini adalah soalan asas untuk bertanya kepada diri sendiri sebelum memulakan perniagaan.


PERTIMBANGKAN KEKUATAN, BAKAT DAN GAYA HIDUP ANDA

Luangkan masa utnuk merenungkan kekuatan anda, bakat semula jadi dan gaya hidup yang anda mahu. 
Alasan anda untuk memulakan perniagaan mungkin adalah untuk fleksibiliti supaya anda boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga anda atau anda mungkin mempunyai impian untuk mengembangkan usaha kecil anda ke sebuah syarikat global yang besar. Tetapi jelaskan jenis gaya hidup yang anda inginkan dan bagaimana memulakan perniagaan yang sesuai dengan matlamat gaya hidup anda. 

Juga pertimbangkan bagaimana anda perlu membina set kemahiran anda. Anda mungkin seorang akauntan tetapi menyedari bahawa anda perlu bekerja dengan kemahiran pengurusan untuk mengurus lebih baik pekerja atau anda mungkin seorang tukang jahit, tetapi anda tidak pasti bagaimana untuk merancang dan melaksanakan bahagian kewangan perniagaan. Anda boleh serai mana-mana kurus yang boleh membantu anda memperbaiki bahagian kekurangan anda.


BERSEDIA MENULIS PELAN PERNIAGAAN KOMPREHENSIF

Pelan perniagaan sangat penting.Bagi kebanyakan pemilik perniagaan baru, merangka pelan perniagaan pertama mereka mungkin kelihatan menakutkan. Tetapi tidak ada beza dengan pelayaran tanpa peta atau kompas. Menulis pelan perniagaan memerlukan anda mengambil masa untuk menyelidik pasaran anda, menentukan matlamat jangka panjang dan jangka pendek anda dan merancang bagaimana anda membiayai perniagaan anda.


MEMPUNYAI KEWANGAN YANG KUKUH

Ramai yang membuat pinjaman beratus-ratus ribu untuk memulakan perniagaan. Bermula dengan pinjaman atau hutang bakal memberi tekanan kepada anda kelak. Menurut NEW YORK TIMES, tidak mempunyai kewangan yang cukup apabila keuntungan menurun rendah adalah salah satu sebab utama mengapa perniagaan kecil gagal. Sebaliknya, pastikan anda bijak menguruskan pelan kewangan.

Pastikan anda mempunyai dana perniagaan selama enam bulan sebelum memulakan perniagan anda, jadi anda mampu membayar perbelanjaan perniagaan anda sendiri.

Pilih untuk membayar perbelanjaan perniagaan secara tunai dan bukan kredit. Perlu diingat bahawa 80% pernigaan kecil gagal dalam 18 bulan pertama kerana berhutang. Hutang mempunyai risiko dan selalu memerlukan bayaran balik yang lebih tinggi daripada jumlah asal yang anda terima. Sebaliknya, fokus pada keuntungan yang semakin meningkat dan pastikan perbelanjaan perniagaan anda rendah.

BINA RANGKAIAN (NETWORK) YANG KUKUH

Lelaki dan perempuan memanfaatkan rangkaian mereka secara berbeza. Rangkaian wanita cenderung menjadi lebih bersifat peribadi sementara lelaki lebih merangkumi rangkaian perniagaan. Jangan pergi sendiri sahaja, mempunyai rangkaian sokongan yang baik adalah penting. Cari persatuan untuk usahawan perniagaan kecil di kawasan anda untuk membantu anda mengemudi cabaran untuk memulakn perniagaan anda sendiri.

Yang area Klang Valley, Boleh lah set appointment dengan Cik Syaza. Masa Cik Syaza mulakan perniagaan dulu pon Cik Syaza join NGO ni. "Business and Professional Women Malaysia". Alhamdulillah, banyak yang Cik Syaza belajar dan perbaiki diri sejak dari itu. Yang luar Klang Valley pun boleh sebab NGO ni International. Next post Cik Syaza terangkan lebih lanjut berkenaan dengan persatuan ini ya. Bagi yang berminat hendak tahu lebih lanjut.


JANGAN PUTUS ASA, JADILAH FLEKSIBEL

Usahawan wanita yang berjaya tahu bahawa ketabahan dan fleksibiliti adalah punca untama untuk menjalankan perniagaan yang menguntungkan. Anda jangan cepat putus asa, dalam beberapa tahun pertama adalah tahun anda membuat silap dan belajar dari pengalaman. Tahun untuk perbaiki diri sendiri ke arah lebih bagus.

Sentiasa ingat matlamat anda. Untuk mencapai kejayaan, teruskan dengan pelan perniagaan dan tinjau di sepanjang perjalanan perniagaan anda. Pastikan ia nya flesibel dan realistik .



Akhir kata, selamat berniaga dan Cik Syaza doakan yang terbaik untuk kalian semua. Perlukan tips atau ada soalan-soalan yang berkenaan dengan business, boleh la tanya. InsyaAllah Cik Syaza cuba yang terbaik untuk membantu. 


21 Ways To Keep Her




  1. Text her back as soon as you see her messages.
  2. Don't lie to her.
  3. Don't let her fall asleep without you telling her you love her.
  4. Don't make stupid mistakes.
  5. Call her and say you love her for at least one a week
  6. Make time for her.
  7. Don't get mad at her for dumb things.
  8. If you have reason to be upset with her then talk about it and work it through.
  9. Listen to her, anything she says is important.
  10. Remind her of how beautiful she look when she smiles.
  11. Don't build walls between you two.
  12. Trust her enough to tell her how you really feel.
  13. Make her remember she's yours every time you kiss her.
  14. Show her songs/poems/anything that reminds you of her.
  15. Call her baby, babe, beautiful, etc. all the time.
  16. Don't break her heart.
  17. Hold her hand in public no matter who is looking.
  18. Don't take her for granted.
  19. Be spontaneous when you take her out.
  20. Love her with every breath of your existence.
  21. Don't let her fall asleep mad.



Monday, July 3, 2017

Rahsia Perempuan yang Kebanyakan Lelaki Tak Tahu

Ramai yang cakap "Perempuan ni complicated".  Well, to be honest, setiap complication yang perempuan bagi you alls tu ada manisnya.



Nak tau apa rahsia-rahsia perempuan? Check this out. I have the list for you. Hepefully, lepas ni lebih faham perempuan atau wanita ya. 

  1. Tiada rahsia dia dengan kawan baik dia. Semua cerita dia dari A to Z semua best friend dia tau. Even nak buang air pon dia inform best friend dia.Jangan terkejut kalau best friend dia tau bila last kau berhenti kerja.
  2. Bila berjauhan walaupun sehari atas urusan kerja atau apa sekali pun, si perempuan akan cari bantal atau baju lama si lelaki untuk teman dia tidur malam supaya hilang sikit rasa rindu. Jangan pelik kalau si perempuan minta baju korang bila korang nak pergi jauh.
  3. Si perempuan tak akan bagitau berapa ramai lelaki dia pernah date atau couple sebelum korang. Perempuan ni secretive sikit. Dia pon ada ego dia juga. Korang ya kan je lah apa yang di cerita ya.
  4. Perempuan suka berangan. Dia dah berangan adegan-adegan romantik jalan tepi pantai, angin sepoi-sepoi bahasa sambil pegang tangan. Semua tu dia dah berangan dah. Imaginasi kuat gak ni.
  5. Sebelum korang cerita lebih lanjut pasal EX korang. Dia dah stalk habis dulu. A sampai Z dia tau pasal EX kau. Hati-hati jangan sampai tipu dia, habis lah kau nanti.
  6. Bila si perempuan dah betul-betul jatuh cinta dengan si lelaki, selera makan terus tak ada. Mana tak nya, Asyik dok ingat kan si lelaki je. So si lelaki, kerap2 lah bawak si perempuan pergi makan ya. 
  7. Bila mula-mula bercinta tu semua perfect. Sehelai bulu pon kau tak akan nampak kat kaki or ketiak dia. Licin habis semata-mata untuk si lelaki.
  8. Perempuan suka banding kan si lelaki sekarang dengan EX dorang. Si lelaki jangan kecil hati. Memang nature dorang macam tu.
  9. Bila si perempuan kata "Saya dah siap". Sebenarnya dia belum siap. Tu bermaksud lagi 10 minit dia siap. Jangan mudah tertipu ya.
  10. Bila dia kata "Jumpa dalam 15 minit lagi" tu bermaksud lagi 15 minit dia gerak lah. Selamat menunggu ya.
  11. Perempuan ni cepat tersentuh. Kalau si lelaki rasa  pernah tengok si perempuan menangis sebab si lelaki, sebenar nya dia menangis lebih banyak belakang si lelaki.
  12. Si perempuan terlalu obses dengan lelaki sampai tak sabar nak tunggu call si lelaki tu lagi. Kalau boleh dia nak tau, bila si lelaki nak call lagi? bila? bila? bila?
  13. Mula- mula percintaan, semua messange, whatsapp, wechat, gambar, voice message dia simpan. Dia akan tunjuk & bagi kawan-kawan dia tengok dan dengar juga.
  14. Lama kelamaan Si perempuan akan sengaja pakai baju buruk dan tak shave segala bulu yang ada sebab nak tengok penerimaan si lelaki tu. "True Colours" kata orang putih.
  15. Si perempuan kerap test si lelaki. Nak tengok lelaki betul-betul jujur dan serious dengan hubungan ini. Get ready guys.
  16. Aset paling seksi dan utama lelaki adalah bontot nya. Sesetengah perempuan suka lelaki yang ada bontot jadi nya tiap kali si lelaki jalan sebelum balik, si perempuan mesti tengok bontot si lelaki lepas tu baru lah dia balik dengan puas hati.
  17. Perempuan suka bila lelaki kerap mengatakan yang dia perlukan si perempuan dalam hidup dia. Dengan ni si perempuam percaya yang si lelaki memang betul-betul serious dengan hubungan ini.
  18. Si perempuan suka bila lelaki ada sedikit rasa cemburu. Bila si lelaki tak cemburu, bagi si perempuan yang lelaki tak sayang si perempuan dengan sepenuhnya. Hanya sekadar suka-suka je.
  19. Walaupun si perempuan kuat membebel sebab si lelaki tak luang kan masa untuk si perempuan atas sebab kerja tapi ketahui lah bahawasanya si perempuan suka tengok lelaki pakai smart pergi kerja.
  20. Jangan pelik kenapa si perempuan suka mula kan pergaduhan. Ini sebab perempuan mula rasa diabaikan. Gaduh tu untuk raih perhatian si lelaki.
  21. Walaupun si perempuan volunteer nak bayar bil makan, minum atau tiket wayang masa date pertama, dia tetap fikir yang lelaki ni tak matang dan murahan. Sorry to say but thats the facts guys. Lama-lama bila dah sayang, rumah pon si perempuan sanggup bayar kan untuk si lelaki.
  22. Kalau si perempuan nak break up dengan si lelaki, kawan-kawan si perempuan tau dulu sebelum si lelaki tu sendiri.

Sunday, July 2, 2017

Mahu Bantu Orang Lain

Pada 1 Februari 2017, cerita permulaan perniagaa Cik Syaza dan dua orang kawan baik di siarkan di Berita Harian. So, harini Cik Syaza nak post the full story supaya mana yang tak berkesempatan nak beli, boleh lah baca kat sini dan boleh kenal Cik Syaza lebih lagi.

Tiga sahabat baik, Juliana Ramle, Nadira Azlan dan Syaza Ibrahim, ketiga-tiganya berusia 29 tahun sependapat mahu membantu orang lain dengan mengeluarkan produk jagaan badan yang selamat digunakan diperbuat daripada bahan-bahan organik.

Menampakan produk keluaran mereka sebagai Soul Sisters Organic Products (SSOP), setiap seorang daripada mereka menghasilkan satu produk. Juliana memilih untuk mengeluarkan Lavender Foot Detox, Nadira pula Rose Face Scrub dan Syaza dengan Blackcurrant Lip Scrub.

Bercakap mengenai produknya, Lavender Foot Detox, kata Juliana, dia menggunakan garam epsom yang juga dikenali sebagai garam penyembuh yang diimport dari Jerman. Garam epsom banyak digunakan oleh ahli sukan, pengidap gout, artritis, arteri tersumbat, sakit lutut, sakit tapak kaki, menurunkan berat badan, melancarkan haid dan membuang toksin dalam badan,

"Lavender Foot Detox ini turut ditambah dengan bunga lavender, tiada bahan kimia, paraben, pengawet  atau alkohol. Kanak-kanak yang berumur setahun keatas boleh menggunkannya bagi mengatasi masalah sembelit dan kulit.

"Saya mendapat idea untuk menghasilkan produk ini pun kerana mahu berkongsi dengan orang lain yang mengalami masalah yang sama seperti saya yang pernah menghadapi sakit tulang belakang."

"Saya buat sendiri foot detox ini dengan mengamalkan penggunaannya selamat empat tahun. Alhamdulillah sakit saya berkurangan," kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini.

Tambahnya, cuma masukkan air panas di dalam baldi dan tambahkan dengan dua sudu besar Lavender Foot Detox, tuangkan air biasa hingga setakat buku lali dan rendam kaki selama 15 minit. Sambil merendam kaki, minum segelas air suam bagi mempercepatkan proses detoks.

Sementara itu, Nadira yang merupakan bekas jururawat terlatih  berkata, Rose Face Scrub yang dibuatnya merupakan anti jerawat dan anti pigmentasi. Menggunakan bahan-bahan seperti gula, minyak zaitun, kelopak mawar, mentega shea dan minyak essential, penggunaan skrub muka ini dapat menghilangkan jerawat, menipiskan jeragat, menjadikan kulit cerah dan kurang berminyak.

"Gunakan dua atau tiga kali seminggu sebaik-baiknya sebelum tidur kerana semasa tidur, kulit wajah aktif bekerja bagi mengeluarkan sel kulit mati dan menggantikan dengan sel baru.

"Oleh kerana skrub ini dibuat daripada bahan organik maka hasilnya tidaklah serta merta namum penggunaan tidak perlu bimbang kerana selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan dan boleh dijadikan masker." katanya.



Syaza pula yang juga bekas pegawai bank dan jurusolek menjelaskan, ramai wanita yang mengabaikan bibir mereka dan menghadapi masalah bibir kering, merekah dan luka kecil hingga memedihkan.

Katanya, terdapat wanita yang mempunyai bibir yang gelap akibat merokok atau sensitif pada gincu. Bibir juga memerlukan penjagaan supaya wajah tampak lebih berseri.

Menurut Syaza, cara menggunakan Blackcurrant Lip Scrub ialah dengan membasahkan bibir, sapu sedikit scrub ini pada bibir dan skrub dalam bentuk membulat selama 30 saat hingga satu minit.

"Walaupun ada wanita yang tidak suka memakai gincu, tetapi bibir juga perlu diskrub kerana makanan berminyak membuat bibir mejadi keras dan gelap. Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita," ujar Syaza.

Jika ada yang berminat, layari instagram ssop.

-Berita Harian, 1 Februari 2017-

Sebulan kemudian, kami telah keluarkan beberapa produk baru seperti Bubblegum Lip Balm, Skin Rescue & Luxurious Cleansing Bar. 

FACEBOOK: Soul Sisters Organic Products
INSTAGRAM: @ssop_