Assalamualaikum guys. Mungkin kedengaran seperti sedikit "lame" but who cares. Selama 31 tahun hidup, this is my first overseas trip. Cik Syaza pergi bertiga dengan dua lagi housemates Cik Syaza. Best part is non of us pernah jejak kaki ke Thailand / Hatyai.
Sebelum tu, let me introduce diri kami :)
|
Dari Kiri: Zeyy, Syue, Syaza |
Secara jujur nya kitorang pergi selamba terjah je. Tak ada itinerary yang proper. (one of our biggest mistake) tapi Allah permudahkan trip kami. Alhamduillah. Semua berjalan dengan lancar sebab kitorang ada buat research dan kitorang tau mana kedai halal cuma tak sure bila nak pergi tu.
So jangan risau. Cik Syaza akan share itinerary kitorang sekali dengan details dan harga. Bagi memudahkan korang semua.
MONTHS BEFORE THE TRIP
Part ni korang memang tak boleh follow kitorang sebab kitorang buat tunggang langgang 😅😅😅
First kitorang book hotel dulu. Padahal masa ni tiga-tiga tak ada passport / passport yang valid. Tawakal je guys.
Kitorang book Hatyai Greenview Hotel. Reason book hotel ni sebab masa booking, Youth Hostel yang famous tu dah full. Hanya tinggal bilik untuk 6 orang so ada possibility kena share dengan orang lain. Second reason sebab based on our research, hotel ni tak berapa jauh dari Railway Station dan town.
Kitorang bayar fully harga hotel dekat sana. Tapi untuk pengetahuan korang, ada security deposit sebanyak 200TBH. Deposit ni refundable masa check out nanti.
Then kita book tiket ETS pula (masih tak ada valid passport guys! Kami sangat hebat bukan? 🤣). Kami pilih untuk naik train sebab kami nak guna style bag packers.
Kitorang pilih last train sebab kitorang nak sampai sana awal pagi supaya sempat catch up special train ke Hatyai yang paling awal. oh FYI, train dari Padang Besar (PB) ke Hatyai cuma ada 2 je. Sama juga train dari Hatyai ke PB.So make sure korang adjust timing korang supaya tak terlepas train.
Tapi kami advice, jangan ambil seat 13 & 14 coach B. Boleh ambil coach B tapi ambil seat lain. Seat ni sangat-sangat tak selesa. Seat ni ada meja dan berhadapan dengan orang. Kaki sangat terhad. Sampai cramp kaki guys sebab kaki tak boleh gerak langsung. Gerak sikit je dah boleh terlanggar dengan kaki orang depan.
|
Gambar ni masa dekat stesen Arau. Stesen sebelum Padang Besar. Banyak seat dah kosong. |
Boleh tengok jarak Cik Syaza dengan Syue betapa dekat nya. Padahal kami duduk berhadapan antara satu sama lain.
Part paling crucial adalah passport. Dua minggu sebelum gerak Hatyai baru kitorang pergi buat passport. Tapi masa ni cuak gila sebab kitorang pergi UTC Pudu dulu dalam pukul 8.30 pagi. Guest what? Tiket habis!!!! So cepat-cepat kitorang lari ke UTC Keramat. Beratur panjang gila dan nombor pulak limited. Tapi Alhamdulillah kami lepas. Tapi Syue lupa nak bawa passport lama dia. Jadi nya dia datang balik hari Selasa untuk renew passport dia. Cik Syaza dengan Zeyy duduk situ dari 9 pagi sampai lah 3 petang baru selesai passport kami.
|
Beratur panjang ya depan Imigresen. |
Last part is tukar duit. Kitorang tukar duit seminggu sebelum gerak. Usha punya usha, kitorang dapat harga paling rendah dekat money changer dalam Mid Point, Pandan Indah. Kenapa Pandan Indah? Sebab kitorang stay sini 😉
Currency masa tu kita dapat RM1 = 7.25THB
My advice is, follow this step kalau korang nak travel:
- Make sure passport korang valid. Pastikan lebih dari 6 bulan sebelum tarikh expired.
- Kalau nak renew / buat passport, tolong datang awal pagi dan be prepare sebab korang akan spend satu hari dekat imigresen.
- Kalau ada passport lama, tolong bawa sekali.
- Buat itinerary → Buat passport → Booking Hotel → Beli tiket ETS / Flight → Tukar Duit
Jom terus jump ke itinerary kitorang selama 3 hari 2 malam di Hatyai.
DAY 1 - (20/9/2019)
Kami sampai Padang Besar pukul 5 pagi. Sementara nak tunggu Imigresen buka. Kitorang bersihkan muka dan breakfast dulu dekat station Padang Besar.
|
Nasi Lemak Station |
Katanya Nasi Lemak dan Karipap station ni sedap so kitorang pun sempat lah merasa. Karipap dia memang sedap. Tak dinafikan.
|
Kaunter tiket buka pukul 9 pagi tapi semua dah beratur sejak 8 pagi lagi |
Since kitorang sampai awal pagi, tak ada lah jauh sangat beratur untuk beli tiket. Pastikan sorang je yang beratur untuk beli tiket. Yang lain beratur untuk Cop dekat Imigresen. Pintu imigresen belum buka lagi so masa ni korang kena dapatkan white card dulu dan isikan penuh. Make sure tak ada ruang yang tertinggal kosong dan pastikan korang bawa pen sendiri. Kalau tak ada, sini ada jual pen. RM1 satu pen.
|
Cara untuk isi white card |
Masa dekat sana, kitorang jadi blur sebab tak pandai nak isi white card ni. Nasib baik ada pak cik yang sudi nak tolong kitorang. So ni cara-cara korang nak isi. Kot-kot korang pun blur macam kitorang juga. Kalau korang pergi balik hari. Tulis "1 day trip" dekat bahagian length of stay tu. Kalau korang belum book hotel pun, wajib tulis mana-mana nama hotel dekat bahagian "Address in Thailand". Kalau tak tulis, takut imigresen Thailand tak bagi lepas masuk. Make sure korang simpan bahagian "Departure" elok-elok sebab nanti nak bagi dekat Imigresen Thailand masa balik ke Malaysia balik.
Lepas dah isi ni semua, korang dah boleh tunggu pintu imigresen buka. Kena cop passport dekat Imigresen Malaysia dulu lepas tu baru pusing ke Imigresen Thailand. Kiranya dari kaunter tiket tu, korang akan buat satu pusingan besar ke Imigresen Malaysia then ke Imigresen Thailand dan akhirnya ke pintu train.
|
Tiket special train dari Padang Besar ke Hatyai Junction |
Kalau korang tak cukup duit THB, ada kaunter money changer juga dekat station ni. Tapi rate dia kitorang tak sure.
|
Muka barai tak cukup tidur. |
Gambar ni masa kami dah selesai cop passport. Snap dulu sebelum naik train.
Train pukul 9.50 tapi gerak puku 10.30. Jadi kami sampai Hatyai Junction dalam pukul 11 lebih pagi.
|
Hatyai Junction Railway Station |
|
Keadaan tuk tuk di luar Hatyai Junction Railway Station |
Kitorang tak naik tuk tuk lagi sebab kitorang nak pergi cari kedai yang jual simcard. Syue & Zeyy nak beli simcard. Cik Syaza tak beli simcard sebab Cik Syaza beli package roaming dengan DIGI. Harga almost the same cuma murah RM1 dari new simcard dorang.
Guys, RM25 je untuk 3 hari dan line sangat-sangat memuaskan. 3 hari duduk Hatyai, pakai almost 1G je. so sangat2 berbaloi. Cik Syaza guna postpaid so roaming package lagi murah.
Zeyy & Syue beli simcard baru dekat sana sebab dorang pakai postpaid. Roaming dorang agak mahal compare dengan Cik Syaza. So they both decided untuk beli simcard baru.
Kitorang jalan kaki dalam 3 minit dari stesen ke dtac Center. Located betul-betul dekat Robinson.
Bagi yang nak beli simcard, boleh ke dtac center ni. Dia orang ada jual simcard untuk travel dan murah. Jangan beli dekat stesen train sebab dorang jual mahal dari center. Simcard siap package dengan unlimited data. Boleh pilih untuk 1 hari / 7 hari / sebulan. Since kitorang duduk sana 3 hari je so dorang pilih untuk 7 hari unlimited data. Cuma simcard ni tak ada credit. Purely untuk data sahaja. Kalau korang nak call, kena top up.
Cik Syaza punya package roaming dah termasuk call 60 min. So segala panggilan, guna phone Cik Syaza, Tapi tak ada buat call out banyak pun. Tak sampai 10 minit pun.
Lepas tu, kitorang sambung perjalanan ke kedai makan. Masih tak naik tuk tuk. Kitorang jalan kaki ke KAI TOD DECHA (DECHA FRIED CHICKEN). Jalan kaki ambil masa 9 minit dari dtac tadi.
|
Order Recipt |
|
Thai Ice Tea Padu |
|
Nasi putih, ayam goreng, tomyam campur dan Thai Ice Tea. |
Masakan dia semua sumpah sedap gila. Korang wajib rasa sini. Masa sampai kedai ni, memang ramai orang Malaysia dalam kedai ni. Ramai yang baru sampai sama dengan kitorang tadi.
Kitorang selesai makan dalam pukul 12. Mengikut booking.com, kitorang boleh check in hotel pukul 2 petang tapi sebab dah tak larat sangat. Kitorang nak juga ke hotel dan berehat. Dah tak larat nak jalan, kita naik tuk tuk kat luar kedai ni.
Sebelum ke hotel, kitorang shopping buah dulu. Buah dia semua menarik. Cik Syaza memang hantu mangga, so beli lah mangga dia satu bungkus. Dia punya mangga lemak manis. Sumpah sedap. Dalam paket ni dia bagi sekali asam dan sambal cili. Sambal cili dia memang sedap gila dan sangat pedas. Kena lah dengan tekak kitorang bertiga.
Sampai je dekat hotel, nasib baik dia bagi check in awal. Jadi nya kami sempat berehat beberapa jam sebelum sambung jalan petang nya tu.
|
Reception counter |
|
Lobby yang sangat selesa |
|
Siap ada tempat massage dan harga berpatutan |
Ini lah hotel kitorang. Kitorang check in pukul 12 lebih tapi gambar ni Cik Syaza snap malam. Kitorang highly recommend kat korang semua, kalau nak pergi Hatyai. Boleh lah stay sini. Harga berpatutan, staff super friendly dan sangat membantu.
Dalam pukul 4 petang, kitorang start jalan kaki ke Kimyong Market. Syue hantu Kacang dan market ni banyak jual kekacang. Since dekat sangat dengan hotel. Kitorang jalan kaki je. Kurang dari 10 minit dah sampai.
|
Ini lah rupa Kimyong Market belah luar |
|
Kimyong market belah dalam |
|
Tertarik dengan cara dorang simpan helmet dekat motor.
|
Kimyong Market tutup pukul 6 petang. So lepas puas jalan sini, kitorang naik tuk tuk pergi Asean Night Market. Harga tuk tuk mahal sikit dari grab. Kitorang negotiate so dapat lah sama macam harga grab. Kat sana korang kena pandai tawar menawar. Tapi lepas dah tawar, jangan tak beli pula. Nanti kena maki.
↑ ini lah muka happy masing-masing dapat naik tuk tuk 😍
Asean Night Bazaar buka dalam pukul 5 petang kalau tak silap, tutup pukul 10 malam. Sini macam danau kota kita. Memang rambang mata jalan sini. Harga boleh dikatakan murah juga. Sesuai untuk beli souvenir.
Asean Night Bazaar ni tempat favourite Cik Syaza sebab tingkat atas dia merupakan syurga makanan.
Betul kan Syurga makanan? Sebenarnya macam-macam lagi ada tapi sebab terlalu exited, sambar makan dulu ;) Ini lah yang kami bertiga makan ↓
|
Mini sushi, Kerabu maggi, Tomyam maggie, Coconut corn & Thai Green Tea |
Apa je yang tak sedap dekat Hatyai ni weh??? Semua sedap. Green Tea dia tip top weh. Terkenang-kenang sampai sekarang. Dan Big cup dia memang besar sampai cukup untuk share 3 orang.
Disebabkan kitorang tak cukup rehat, habis je makan. Kitorang ambil tuk tuk balik hotel dan tidur.
DAY 2 - (21/9/2019)
Harini kitorang ada driver untuk full one day punya aktiviti. Recommended by hotel punya staff. Of course lah kena bayar certain amount. Nanti Cik Syaza tulis details kat bawah ya. Nama driver ni Bang Nee. Best thing pasal Bang Nee ni adalah, dia bukan setakat driver je, dia juga photographer kami bertiga. Bang Nee sangat sporting. Kereta dia besar. 7 seater punya kereta. Kalau korang pergi ramai-ramai atau dengan family, boleh contact Bang Nee direct. WhatsApp pun boleh guys. Kalau nak pergi Songkhla, elok lah naik kereta. Jangan naik tuk tuk sebab tuk tuk tak selamat dan tak selesa.
|
Ni lah muka Bang Nee dengan kereta dia |
Lokasi dan aktiviti pertama kami pada harini adalah sudah tentu nya
MAKAN 😃
Pukul 8.30 pagi Bang Nee dah ambil kitorang bawa pergi makan Dim Sum dekat Chabura Dimsum.
Chabura ni ada banyak gila pilihan makanan. Agak penuh juga lah meja kitorang kat sini. Oh ya, konsep makan kitorang dekat sini memang makan sama-sama, bayar sama-sama. Tong-tong kata orang melayu 😜
Dimsum dia memang best. Tak tipu! Paling best pasal kedai ni adalah Green Tea panas dia. Terabai air masing-masing sebab menikmati green tea dia. Gittewwwwwwww... :):)
|
Sempat singgah 7Eleven sebelah Chabura Dimsum :) |
Bila dah kenyang, baru lah boleh berjalan. Kami bernasib baik sebab masa kitorang pergi ni tak hujan tapi cuaca panas terik. Dah dua hari berjalan, dua-dua hari lah mandi peluh.
Lepas Chabura, Bang Nee bawa kitorang pergi Songkhla. Perjalanan agak jauh. Makan masa dalam 40 minit dari sini ke Songkhla.
First stop kami adalah Masjid Jamik Songkhla. Masjid ni sangat cantik.
Sebab cuaca terlalu panas, kitorang tak jalan lama sangat. Kitorang teruskan perjalanan kami.
Next stop Sleeping Buddha Temple, Songkhla
Dekat sini lah kitorang try makan coconut ice cream dia. Macam biasa, beli satu share 3 orang. Lagipun baru lepas heavy breakfast.
Semua gambar ni dekat tempat yang sama. Semua dekat Sleeping Buddha Temple.
Next Stop - Songkhla Oldtown
Dekat sini memang kerja kitorang tangkap gambar je sebab sini ada art street dan ada port.
Next Stop - Samila Beach, Skongkhla
Kat sini kitorang tak ada buat apa sangat. Kitorang just beli barang untuk diri sendiri & sedikit souvenir.
|
Ikan Duyung |
Sepanjang persisiran pantai ni, ada banyak kedai souvenir. Korang boleh usha kat sini gak. Kitorang beli baju Songkhla sama-sama dekat sini.
Sejam Bang Nee bagi kitorang masa jalan kat sini. Kita terus kan ke next stop pula.
Bang Nee bawa kitorang pergi tengok Kepala Naga.
Naga ni terpisah antara kepala, badan dan ekor dia. Semua part berada di tempat yang berlainan tapi dekat-dekat. Kitorang lalu je, tak singgah pun dekat badan & ekor dia tu.
Next Stop - Kuan Yin Temple, Hatyai Municipal Park
Kitorang request dekat Bang Nee nak kesini sebab kitorang tak nak pergi Elephant Camp. So dia pun ikut kan permintaan kitorang ni.
Dorang kata sini boleh tengok tengok seluruh Songkhla. Masa kitorang pergi, ada jerebu sikit. So scenery dia tak berapa clear.
|
Dekat sini lah cable car dia. Boleh naik kalau nak tengok view Songkhla. |
Lepas dah letih berjalan & berpeluh seharian. Kitorang request nak pergi massage. Sambil-sambil nak luangkan masa dan tunggu floating market buka. So Bang Nee bawa kitorang pergi massage yang dekat dengan floating market.
Disebab kan nak balik hotel agak jauh dan kena patah balik, kitorang pun setuju untuk massage disini. Cik Syaza dengan Syue je yang buat massage. Zeyy tak buat sebab dia geli. Takut nanti dia tendang tukang urut tu. Kitorang dua buat leg massage. Massage dia tak boleh dapat dekat Malaysia. Memang superb. Syue sampai boleh tidur sambil layan massage. Harga agak mahal compare yang lain tapi kami puas hati sebab sini tertutup. Tempat lain memang murah tapi open sangat. Tak sesuai untuk muslim yang bertudung.
Next Stop - Khlong Hae Floating Market
|
Air Kelapa Buluh, Air Mata Kucing Buluh, Thai Ice Tea, Mee Celup , Roti Sesej & Udang dan Sotong goreng tepung |
Cik Syaza memang menggemar mee celup. Mee Celup dia dekat sini Ya Allah! Sedap nya wehhhhh!!!! Syue pun kata udang dengan sotong dia sedap melampau. Tengok pun dah sedap weh! Roti sosej yang nampak biasa tu pun sedap luar biasa. Roti dia rasa sedap betul.
Oh ya, Khlong Hae Floating Market ni buka tiap Jumaat, Sabtu & Ahad je. Kitorang sampai awal dalam pukul 5 petang. Orang dah mula ramai. Dah tak ada meja nak makan. So kitorang makan dekat tepi-tepi batu je.
Ni yang buat rindu makanan sana ni. Huhuhuh 😭😢
Oh! one important message ↴
Dekat negara sini, dia orang ada adat yang kita kena hormat. Dah ditetapkan setiap jam 8 pagi dan 6 petang, dorang akan pasang lagu negara dorang dan semua kena berdiri tegak dan menyanyi. Kita bukan warganegara dorang, hormat je lah. Berdiri tegak je masa dorang tengah nyanyi. So, ingat eh!!! Nasib kitorang dah buat research dulu so tak ada lah terkejut. Ramai je orang Malaysia yang tak tau. Siap boleh gelak-gelak ber-selfie masa dorang menyanyi lagu negara. Tak elok lah macam tu.
Selesai dekat sini, kami minta Bang Nee hantar kitorang pergi ke last stop dan kembali ke Asean Night Bazaar sebab Syue ada nak beli barang dekat sana.
Dekat sini kali ni Cik Syaza dengan Zeyy cuci mata je & tolong Syue pilih Souvenir untuk family dia. Tapi since lagi sekali kita ke sini, tak melepaskan peluang untuk cari makan lagi. Hehehehe.
Kat sini kali ni kitorang beli Maggo Shake & Roti Pisang Coklat. Lagi sekali guys, tak ada yang tak sedap sini. Tip top guys!
Selesai semua, kitorang terus balik hotel. Bang Nee dah sign out pukul 7 malam tadi so kitorang kena balik sendiri. Seperti biasa, balik naik tuk tuk lah kita.
DAY 3 - (22/9/2019)
Seawal 6 pagi kitorang dah check out hotel sebab nak kejar special train ke Padang Besar pukul 7.30 pagi. Train ke Padang Besar ada dua je. Pukul 7.30 pagi dengan 2 petang. Since train ETS kitorang pukul 3.30 petang, so tak nak ambil risiko ambil train pukul 2 petang. Train dari Hatyai ke Padang Besar makan masa dalam sejam lebih ke dua jam.
Masa dalam train, ada Pak Cik ni jalan sepanjang train untuk tukar duit Thailand ke Malaysia. Since kami kekurangan duit Malaysia, so kita tukar je terus dengan Pak Cik ni. Pak Cik ni bagi RM13.20 untuk 100TBH masa ni.
Kitorang sampai Padang Besar dalam pukul 9 lebih. Kitorang breakfast nasi lemak station lagi sekali. Then kitorang decide nak ke Padang Waremart. Nak shopping dekat sana pula.
|
Terima kasih Syue belanja kami breakfast :) |
|
Ini Pak Cik Saadun yang boleh hantar pergi Waremart pastu hantar balik ke stesen Padang Besar |
Pak Cik Saadun tu charge kitorang RM10/trip. So total pergi balik RM20 je ke Padang Besar.
Lepas shopping, kitorang lunch dulu sebelum balik ke Padang Besar. Kitorang makan Kaeng som Ikan Siakap, kailan Ikan Masin, Sup perut & Telur Dadar. Terbaikkkkkkkkk 👍👍
Akhirnya dalam jam 10 lebih malam kitorang sampai KL Sentral & kitorang sampai rumah dalam pukul 11.30 malam.
|
Member kat belakang tu sampai pening muntah-muntah dekat LRT Masjid Jamek |
Dalam ni Cik Syaza tak share perbelanjaan makan / minum masa dekat Padang Waremart sebab tujuan blog ni untuk share perbelanjaan di Hatyai sahaja. Dan dalam ni punya cost tak termasuk souvenir ya kawan-kawan.
Ni total cost untuk 3 hari 2 malam punya perbelanjaan ↴
Okay guys, apa yang I boleh cakap. This is the best vacation ever. Agenda makan all the way and tak mengecewakan langsung. Makan semua sedap-sedap. Orang dekat sana semua baik-baik dan ramah. Sangat helpful.
Oh ya. Ini blog punya version. Kalau korang nak tengok vlog kitorang, nanti Cik Syaza upload dekat YouTube channel Cik Syaza ya. Make sure korang subscribe "Syaza Ibrahim".
So, have fun kat korang yang nak bercuti ke Hatyai nanti. Semoga perjalanan korang dipermudahkan.